Wifi Komuniti

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

PENGENALAN

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan.
WiFi secara ‘hotspot’ merujuk kepada titik capaian yang disediakan di setiap lokasi bagi membolehkan pengguna menggunakan internet melalui isyarat gelombang WiFi.

Kawasan tumpuan bagi Wifi Komuniti ini meliputi kawasan luar bandar terpilih yang mendapat kurang liputan internet

TUJUAN & MATLAMAT PENUBUHAN

Penyediaan perkhidmatan capaian internet tanpa wayar secara kolektif kepada masyarakat luar bandar di kawasan kurang liputan SECARA PERCUMA.

Menanamkan minat dan kesedaran tentang kepentingan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam kehidupan seharian seiring dengan inisiatif WiFi Komuniti (WK) yang direncanakan Kerajaan ke arah memupuk masyarakat berilmu dan progresif.

Capaian Wi-Fi paling stabil boleh didapati sekitar jarak lingkungan 100m-250m dari tiang pemancar Wi-Fi Komuniti.

Pengunaan Wifi Komuniti ini dihadkan kepada untuk 30 minit sahaja. Selepas 30 minit pengunaan, komputer/peranti akan mengalami “cooldown” selama 15 minit sebelum anda dapat mengunakan Wifi Komuniti ini lagi.

LOKASI WIFI KOMUNITI

Dimana anda boleh layari Wifi Komuniti ini ? Mudah sahaja, jika di kampung anda terdapat Pusat Internet 1 Malaysia, maka inshaAllah Wifi Komuniti akan wujud di kawasan berdekatan. Jika anda tidak pasti, boleh berhubung dan bertanya dengan bahagian pengurusan Pusat Internet 1 Malaysia. Di bawah contoh wifi komuniti di Kampung Sentosa Sekinchan Selangor.

[ngg_images source=”galleries” container_ids=”2″ display_type=”photocrati-nextgen_basic_thumbnails” override_thumbnail_settings=”0″ thumbnail_width=”240″ thumbnail_height=”160″ thumbnail_crop=”1″ images_per_page=”20″ number_of_columns=”2″ ajax_pagination=”0″ show_all_in_lightbox=”0″ use_imagebrowser_effect=”0″ show_slideshow_link=”0″ slideshow_link_text=”[Show slideshow]” order_by=”sortorder” order_direction=”ASC” returns=”included” maximum_entity_count=”500″]

 

SPESIFIKASI WIFI KOMUNITI

Setiap Wifi Komuniti berkelajuan 4mbps. Semakin ramai user yang berhubung dengan Wifi Komuniti ini maka semakin perlahan lah speednya. Ia bergantung kepada apa yang user layari. Contoh user A memuat turun file, maka user B dan C akan terasa perlahannya. Konsep yang di gunakan adalah ‘first come first serve’, jika user mempunyai laptop atau handphone yang terkini dan mempunyai spesifikasi yang laju, maka user ini akan dapat menarik wifi ini dengan lebih baik dan laju.

Wifi Komuniti memberikan user unlimited access sepanjang hari, akan tetapi harus di ingatkan, setiap laman web yang anda layari anda di log ke dalam sistem tersebut. Jika terdapat user yang membuka laman web lucah, laman web lucah tersebut akan di block. Akaun anda akan diperhatikan, jika anda terus mencuba untuk membuka laman web lucah suatu hari nanti akaun anda akan diBANNED! Bak kata pepatah, sepandai pandai tupai melompat, akhirnya akan jatuh ke tanah juga !

Gunakan Wifi Komuniti ini untuk mencari ilmu, belajar dari internet dan mempelajari ilmu internet. Jangan gunakan kemudahan percuma ini untuk memuaskan nafsu anda dan juga menambahkan dosa anda ! Ingat tu. Semoga Wifi Komuniti ini berguna untuk masyarakat kampung.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *