Test speed kelajuan dedicated server di server rack

Entry kali ini adalah untuk test speed kelajuan dedicated server di rack server. Saya mendapat info ini dari developer swizzin. Untuk kita mengetahui adakah server kita di dalam rack yang terbaik adalah melalui command iperf.

Server saya menggunakan os ubuntu 16.04

Install iperf terlebih dahulu

apt install iperf

Jalankan commands di bawah

iperf -c iperf.ovh.net -P 5

Tunggu beberapa saat dan akan keluar result di bawah..

Gambar di atas menunjukkan server saya dalam rack yang baik. Saya mendapat kelajuan hampir penuh iaitu 1Gbps.

Untuk pengetahuan anda,

Contoh jika server anda adalah 1Gbps. Result terbaik adalah transfer dan bandwidth 800mbps +

Jika kurang daripada jumlah tu, ini bermakna, server anda berada di dalam rack yang networknya tidak stabil atau overused.

Semoga posting ini bermanfaat kepada anda.