Servis Pertama Penapis Air Coway Villaiem II

Malam tadi aku menerima wassap dari tukang servis coway. Beliau memberitahuku yang dia ingin datang ke rumah ku untuk servis penapis air coway villaiem kami. Ini merupakan servis pertama untuk penapis air coway aku ni. Ok budak tu janji nak datang kul 8.30am. Pada keesokan nya aku dapat wassap, beliau memberitahu yang beliau lambat dan mempunya hal kecemasan. Jadi aku pun suruh dia datang ke rumah aku jam 10.00am. Alhamdulillah seperti yang dijanjikan dia datang tepat jam 10.00am. Aku pn baru bangun tido time tu. Itu pun masih mengantok lagi. Mana taknya, si amsyar ni buat hal betul malam tadi, korang bayangkan jam 4.30am dia dah bangun. Celik mata besar. Perghh. Dah ak terpaksa berjaga tunggu dia tido balik sampai jam 7.00am. Fuhhh rabak siot… Balik kepada tajuk entry kita.

Aku suruh budak tu masuk terus, dan dia terus ke dapur aku, dan terus servis penapis air aku tu.

Tengok tu. Ni la rupa penapis air villaiem II selepas di bukak. Kalau korang perasan kat paip biru tu ada penapis airnya. Benda tu yang dibersihkan oleh tukang servis tu atau dalam coway panggil cody. Haha.

Si budak cody tu ketuk ketuk penapis air tu, amek kau karat karat keluar beb kat situ. Memang geli betul. Nasib lah aku pakai penapis air minum. Kalau minum air direct paip mesti kotor mcm tu. Hisshh tak elok untuk badan. Ok la. Itu je aku nak ceritakan.. Ni la pengalaman pertama aku tengok orang servis penapis air coway. Byee.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *