Script seedbox terbaik

Jika anda seorang kaki download torrent, anda pasti mengenali seedbox. Kebiasaanya jika anda ingin install rutorrent, deluge dan pelbagai lagi, anda perlu install 1 per 1 di vps mahupun server anda. Tapi tidak mengapa, ianya semua bergantung kepada individu. Jika anda gemar untuk install 1 per 1, ianya tiada masalah, cuma mengambil masa sahaja.  Di sini saya senaraikan antara script seedbox terbaik yang pernah saya gunakan, yang mudah, ringkas dan bagus serta ulasan serba sedikit berkenaan ciri ciri seedbox itu

  1. Rtinst
  2. Swizzin
  3. Quickbox

Rtinst

Rtinst merupakan script paling ringkas dan sangat laju. Script ini akan memasang rutorrent di server anda. Script ini menggunakan nginx web server. Pada saya script ini sangat ringkas dan friendly user. Jika anda hanya mahu setakat install rutorrent, HTTP download dan FTP download, script ini adalah pilihan terbaik. Script ini adalah basic untuk script seedbox. Saya sarankan anda menggunakan script ini. Harus diingatkan semasa proses install ini sedang berlangsung, pastikan connection anda dalam keadaan yang memuaskan. Script ini akan menukar port SSH anda dari 22 kepada random port. Jadi sangat berbahaya jika connection internet anda terputus semasa install script ini kerana anda tidak dapat akses ke port 22 jika connection anda terputus. Di penghujung proses installation script ini, script ini akan memberi summary iaitu port SSH terbaru dan juga port VSFTP yang terbaru yang di generate secara random melalui script ini. Script ini telah ditweak oleh developernya dan membuatkan ianya sangat laju dan responsive. Di bawah adalah video dari youtuber bagaimana nak install script rtinst ini.

Swizzin

Swizzin adalah clone daripada script quickbox. Developer swizzin merupakan bekas dari developer quickbox. Script ini menggunakan nginx web server. Dengan 1 baris command anda dapat install script ini ke server ubuntu 16.04.  Kelebihan script ini adalah script ini banyak menggunakan command box, anda boleh merujuk wiki bagaimana menggunakan command box ini untuk install pelbagai aplikasi untuk kegunaan seedbox anda. Antara aplikasi seedbox yang anda boleh install menggunakan script ini adalah, rutorrent, deluge, emby, autodl, plex, ombi, sonar, sickrage dan pelbagai lagi. Script ini menggunakan default port 22 untuk SSH dan juga port 21 untuk FTP. Anda boleh tukarkan kemudian jika ingin menguatkan lagi security server anda. Oleh kerana script ini menggunakan nginx, ianya lebih laju berbanding script quickbox. Layari laman web rasmi di swizzin.ltd untuk mendapatkan info terkini. Di bawah adalah tutorial bagaimana nak install swizzin script untuk seedbox anda.

Quickbox

Quickbox merupakan script tercanggih dan tersangat mudah pernah saya jumpa. Anda boleh install pelbagai aplikasi seedbox dengan melalui akses web panel sahaja. Script ini menggunakan apache web server dan sedikit berat berbanding semua script yang menggunakan nginx web server. Script ini mempunyai 2 versi. Versi percuma adalah quickbox community iaitu menggunakan apache web server. Versi berbayar adalah quickbox pro iaitu menggunakan nginx web server. Anda perlu membayar yuran sebanyak RM150.00 untuk penggunakan selama 1 tahun. Saya tidak mahu mengulas panjang mengenai seedbox script versi quickbox pro ini. Script ini sangat aktif di update oleh developernya. Selain itu script ini juga mempunyai komunitinya tersendiri. Akan tetapi sedikit perlahan response dalam forum. Mungkin kerana kurang promosi dan juga berbeza GMT. Lagipun ini adalah komuniti untuk melaporkan segala permasalahan yang dihadapi oleh user. Untuk mendapatkan respon yang pantas. Anda boleh join channel discord mereka. Layari laman web mereka di quickbox.io Di bawah adalah tutorial bagaimana untuk anda install script ini di server anda. Sangat mudah !

Semoga post ini dapat membantu anda semasa proses pemilihan script seedbox.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *