Pengenalan Cloudflare

Apa itu CloudFlare? Apa kelebihan dan kekurangan menggunakan CloudFlare? Bagaimana boleh mengaktifkan CloudFlare di shared hosting atau VPS? Itulah mungkin beberapa pertanyaan yang sering ditanyakan oleh para blogger atau webmaster. Pada artikel ini, kita akan membincangkan semuanya tentang CloudFlare.

Apa itu CloudFlare?

CloudFlare adalah sebuah CDN (Content Delivery Network) yang mempunyai ciri ciri lebih baik dari standard CDN yang ditawarkan. Ada banyak keuntungan dan juga beberapa kerugian dari CloudFlare. CloudFlare adalah sebuah CDN yang berada ditengah-tengah antara nama domain dan web hosting. CloudFlare menyediakan keselamatan tambahan untuk serangan DDoS, selain juga merupakan sumber cache statik yang membuat website dapat loading lebih cepat.

Kelebihan menggunakan CloudFlare

  • Dapat menyembunyikan IP address dari web hosting sehingga hacker tidak dapat menyerang server.
  • Membuat cache laman web supaya laman web dapat loading lepas cepat dan mengurangkan beban server.
  • Memberikan perlindungan terhadap semua serangan DDoS dengan mengubah keselamatan laman web.
  • Jika laman web down, CloudFlare akan terus melayani cached data sampai laman web kembali.
  • Jika registrar tidak memberikan pilihan untuk menambahkan DNS records, kita dapat menggunakan nameservers dari CloudFlare dan menambahkan host DNS records disana.
  • CloudFlare menawarkan perkhidmatan percuma dan kita boleh tambah seberapa banyak domain yang kita mahukan.
  • Kita dapat memblok akses ke laman web dari daerah atau negara tertentu, jika menerima banyak serangan dari negara-negara tertentu.
  • Memberikan SSL percuma, yang dapat juga digunakan pada shared host.

Kekurangan menggunakan CloudFlare

  • Oleh kerana CloudFlare bertindak sebagai man-in-the-middle, jika CloudFlare down, laman web juga akan down, walaupun jika web hosting up.
  • CloudFlare membolehkan kita untuk mengubah keselematan website menjadi “I am under attack” mode, yang memblok semua serangan DDoS. Tapi juga memblok semua robot, yang merupakan kerugian bagi sebagian orang.

Kesimpulan

CloudFlare adalah perkhidmatan yang DNS Management yang sangat baik dan mudah serta keselamatan dan redundansi yang sangat baik dan PERCUMA. Nantikan tutorial saya akan datang bagaimana cara untuk mendaftar dan manage DNS menggunakan Cloudflare.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *