Mengurus Nameserver Dengan Cloudflare

Mengurus Nameserver Dengan Cloudflare

Tahniah kepada semua kerana telah¬†berjaya mendapatkan nama domain secara percuma dari Freenom selepas membaca entry saya yang lepas. Jika masih belum, klik link di atas dan follow tutorial dalam entry tu untuk dapatkan domain percuma. Di entry Kali ini, saya akan kongsikan bagaimana untuk mengurus nama DNS Cloudflare. Kepada user yang masih belum tahu lagi, Cloudflare merupakan salah satu tempat untuk menyelia domain anda. Selain itu, cloudflare juga memberikan anda jaminan keselamatan kepada website anda. Anda boleh mengaktifkan mode “I’m under attack” untuk protect website anda dari searangan DDOS.

Kembali kepada tajuk asal kita, saya akan berikan tutorial cara untuk mengurus nameserver dengan cloudflare. Jom kita mulakan.

Step 1

Daftar akaun di cloudflare.

Step 2

Log masuk ke dalam website cloudflare.

Step 3

Tekan butang ADD SITES kemudian masukkan nama DOMAIN anda.

Step 4

Tekan NEXT

Step 5

Pilih FREE PLAN kemudian tekan CONFIRM PLAN, akan keluar 1 popup dan klik pada CONFIRM

Step 6

Akan keluar 1 page memaparkan keputusan DNS Query domain anda. Tekan CONTINUE.

Step 7

Untuk memberikan akses kepada Cloudflare untuk menyelia nameserver anda, anda perlu menukar nameserver anda yang anda gunakan sekarang kepada nameserver cloudflare. Jadi catatkan result di bawah

algin.ns.cloudflare.com
rihana.ns.cloudflare.com

Kemudian tekan continue

Step 8

Langkah terakhir, anda perlu log masuk ke registar nama domain anda sekarang, contohnya namecheap, kemudian pergi ke bahagian DNS, dan tukar kepada CUSTOM DNS dan masukkan nameserver cloudflare seperti di Step 7. Tunggu sekurangnya 12 jam hingga ke 24 jam untuk cloudflare anda berfungsi sepenuhnya.

Ok, selesai cara untuk menyelia domain anda menggunakan Cloudflare. Tahniah ! Kini anda boleh menambah record A, CNAME, TXT, MX dan pelbagai lagi dengan Cloudflare. Jika anda ingin tahu apa kelebihan menggunakan Cloudflare. Silalah membaca article ini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *