Masalah Error Too Many Redirects

Ok, Harini aku nak cerita dan berkongsi cara untuk selesaikan masalah error too many redirects yang telah berlaku di web aku sendiri iaitu firdausmarzuki.my.

Sedikit intro mengenai laman web firdausmarzuki.my. Aku menggunakan cloudflare sebagai tempat untuk aku manage dns aku. Tambahan lagi website firdausmarzuki.my ini menggunakan vps ya kawan2, bukan lagi shared hosting. hehe. Jadi aku telah setting dalam cloudflare untuk domain firdausmarzuki.my ini tembak terus ke vps ip aku. Alkisahnya, malam tadi aku nak tukar setting dalam cloudflare aku kepada awan oren iaitu cdn dan http proxy untuk membuatkan website aku lebih laju lagi, jadi aku pun click la awan oren yang dalam dns management cloudflare tu. Selepas beberapa jam, nahhhhhhhhhhhh time aku tengah nak masukkan plugin baru dalam website ni, tetibe aku keluar error too many redirects dekat google chrome.

masalah-error-too-many-redirects

Masalah Error Too Many Redirects

Fuhhhh, time keluar error ni, memang tension la aku, mana tak nya, tengah buat kerja beb. Sakit hati wooo. Nasib la tengah cari plugin dalam wordpress. Kalau tengah buat entry lagi lah sakit hati aku. Jadi aku pun cuba la untuk selesaikan masalah ini dengan menekan link seperti gambar di atas iaitu Try clearing your cookies. Rupanya, google ni bagitahu cara macamner nak solve masalah ini iaitu dengan clear cookies dan cache. Aku pun ikut la, tapi aku tak buat secara manual. Aku menggunakan aplikasi iaitu ccleaner. Sangat mudah dan cepat. Bila da ikut cara yang google berikan tu, aku ingat selesai la masalah aku ni. Sekali rupanya tidak ! Arrrrrrrghh, jemmmmmm.

Aku cuba cari info dalam google, tapi masih belom terjumpa lagi macamner nak selesaikan masalah ini. Aku mula buntu dan secara tiba tiba aku teringat group facebook KKWP. Jadi aku pun post masalah yang aku hadapi dalam group facebook tu. Ramai jugak la yang respon, memang terbaik group ni. Kebanyakkan mereka bertanyakan kepada aku apa perkara terakhir yang aku lakukan sebelum aku mendapat masalah error too many redirects tu. Jadi aku pun memberitahu mereka yang aku aktifkan awan oren dalam cloudflare. Jadi kebanyakkan dari mereka suruh nyah aktif semula awan oren tu. Ada juga yang suruh aku delete htaccess dan buat baru. Uish… Aku tak berani sikit main htaccess ini, tak berani aku usik. Nanti error dalam web aku karang. Lagi pening.

Cara Untuk Selesaikan Masalah Error Too Many Redirects

Ada sorang pompuan ni , dia suruh aku pergi ke bahagian Crypto > SSL dan suruh aku tukar dari FLEXIBLE kepada FULL. Aku pun follow la cakap dia sebab dia bagitahu dia pernah kena masalah ni. Aku cuba bukak pada bahagian Crypto > SSL aku, ternyata memang aku sekarang gunakan FLEXIBLE. Jadi aku pun tukar kepada FULL. tukar-setting-crypto-ssl-cloudflareKemudian aku aktifkan semula awan oren aku dan biarkan web aku selama beberapa jam. Alhamdulilah. Hasilnya memang betul. Website aku kini boleh access tanpa sebarang masalah. Memang betul cakap pompuan tu. Terima kasih banyak2 aku ucapkan ! Begitulah sedikit kisah mengenai masalah yang malam tadi aku hadapi. Jika korang mengalami masalah yang sama seperti ini selepas aktifkan awan oren dalam cloudflare, cuba tengok tengok dibahagian Crypto, SSL . Adakah menggunakan FLEXIBLE atau FULL ? Jika FLEXIBLE, tukar kepada FULL. Tapi jika anda masih mengalami masalah yang sama, cuba ingin perkara akhir yang anda lakukan, dan cuba revert semula kepada default.

Ok kawan kawan. Jumpa lagi diartikel akan datang.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *