Jual Sambal Biol

Baru baru ni isteri aku mula berjinak dan masuk ke dalam bidang jualan. Katanya nak cari duit lebih nak pergi umrah. Doakan dia berjaya.. Amin.. InshaAllah. Jadi untuk merealisasikan impian dia, dia start dengan berniaga. Kisahnya bini aku ni buat sambal petai dan ikan bilis je. Jadi nak mudahkan aku yang bagi nama Sambal Biol haha. Menarik bukan.. Ni salah satu startegi marketing kononnya. Bila orang dengan hah? Sambal biol, jadi secara tak langsung dorang nak mencuba, betul tak? Pandai kan aku. Hehehe.

Ni la sambal biol nya. Hahak. Aku dapat nama ni dari Betty Kitchen. Macam dorang, dorang ada jual sambal sewel dan gila. So aku buat la nama sambal baru iaitu sambal biol . Kah kah kah.. So aku dan wife ak memulakan la promote sambal ni di laman social media. Untuk pertama kali ini, bini aku buat sambal ni dapat dalam 5 balang. Alhamdulilah ada permintaan dari rakan rakan yang ingin mencuba. Syukur.. Tapi yang belinya jauh jauh di Kuala Lumpur. Hahaha Tapi takpela. Sanggup aku tolong bini aku cod . Baik kan aku ? hahaha.

Ciri ciri sambal ni memang pedas. Sampai pijor tangan bini aku tu. Ada ikan bilis dan jugak petai. Sape kaki petai nak cuba boleh la try. Bagusnya sambal ni ibarat sambal instant la. Dengan sambal ni korang boleh buat nasi goreng. Masak sambal petai udang ke, sotong ke. Mudah giler. Korang amek la udang dan sotong dan terus campak dalam sambal ni. Gaul2. Setel. Dah boleh makan. Mudah kan ? Benda senang nak susah susah buat apa ? haha.

Ok la. Itu je nak cerita. Terima kasih kawan2 yang support beli. Kalau korang nak buat tempahan sambal biol ni boleh wassap aku. InshaAllah aku cod depan rumah korang. Buat masa sekarang ni cod di sekitar Tanjung Karang, Sekinchan, Kuala Selangor dan Kuala Lumpur. Bagi cod di Kuala Lumpur, kalau banyak tempahan baru gerak ke sana. Kalau setakat 1, malas plak aku nak gerak sebab macam tak baloi kecuali kalau ada urusan di sana boleh la alang alang hantar sekali kan.

InshaAllah kami dah start buat projek sambal hijau petai pulak . Nanti nak bagi nama apa ek ? Korang ada idea ? Kalau ada komen la sikit . Nantikan entry baru akan datang. Bye bye. Jumpa di entry akan datang pulak.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *