Bonet Cover Kereta Axia

Hai. Kali ni aku nak cerita. Aku ada beli bonet cover untuk kereta axia aku, aku beli kat shopee. Sebenarnya lama dah target nak beli cuma duit belum ada. Kali ni duit ada lebih jadi aku pun beli.

Nama benda alah ini adalah Perodua Axia Rear Cargo Boot Tray. Aku beli dengan harga RM 41.04 siap postage. Ok lah. Aku suka benda ni sebab ada lambang axia tu. Hehe.

Gambar ni masa barang sampai. Barang di hantar menggunakan perkhidmatan J&T express. Memang terbaik. Takde kerosakan walau dia balut gitu je.

Ni gambar lepas aku bukak balutan dia. Memula cuak juga aku sebab tengok bendanya macam ronyok la pulak, tapi alhamdulilah setelah dibiarkan lebih dari 10 minit. Dia akan jadi bentuk yang asal. Memang terbaik. Lawa..

Aku pun bersihkan ala kadar je dalam bonet aku cepat cepat sebab nak test benda alah ni. Hehe. Takpela. Nanti akan datang aku nak basuh kereta kat car wash. Nanti boleh dorang vacuum sekali belakang ni. Hehe.

Last sekali, ni gambar lepas aku pasang kat dalam bonet aku benda alah ni. Lawa kan? Keseluruhannya aku memang puas hati, aku bagi 10 bintang. Sebelum terlupa, korang disarankan beli tray ini sebab kalau korang g pasar, dan beli ayam atau ikan jadi air air dia tu takdela kene dekat karpet korang dan melekat menyebabkan bau busuk. Hehe. Jadi tray ini bolehlah dibasuh. Haha. Kepada korang yang nak beli, search je nama yang aku beri kat atas tu. Nanti keluar la barangnya. Ok. Selamat membeli dan mencuba.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *