Apakah itu vpn ?

APA ITU VPN ?

Ramai yang tahu apa itu Virtual Private Network (VPN) dan ramai yang tahu menggunakan VPN tapi TAK RAMAI yang faham akan kegunaan sebenar VPN.

Sebenarnya VPN berfungsi menggunakan rangkaian umum (public network) untuk membawa maklumat sulit dan mengekalkan privasi melalui penggunaan system protokol terowong (tunneling protocol). Dengan menggunakan rangkaian awam, VPN sangat efektif dan agak murah berbanding menggunakan rangkaian persendirian (private networks) macam military, police, kementerian, syarikat telekomunikasi.

VPN berfungsi dengan cara menggunakan rangkaian umum tetapi data yang dihantar kepada pengguna telah di encrypt dan menjadikan keseluruhan penggunaan data adalah kekal rahsia.

Itu adalah sedikit tentang penghuraian tentang VPN.

Masih tak faham?

Dekat Negara aku bekerja laman web mangapanda.com (laman web manga dari jepun) telah di block oleh kerajaan disini atas alasan, mengandungi bahan yang telah dicetak rompak. Jadi bagaimana aku nak baca komik kalau laman web kena sekat?

So jalan penyelesaianya adalah menggunakan VPN untuk memasuki laman web tersebut.

So setiap yang baik pasti ada keburukanya.

Kebaikan VPN
– Rangkaian peribadi ini akan memberi kebenaran aksess semua data yang lebih selamat berbanding normal browsing / surfing. Dan paling penting, ia merupakan teknologi canggih yang melindungi rangkaian anda daripada akses yang tidak dibenarkan (blocked website)
– Kos yang dikeluarkan agak rendah (berbayar) jika dibandingkan menggunakan kaedah lain (configure switch, server, network and so on)
– Rangkaian peribadi anda sangat flexsibel (jika menggunakan VPN berbayar utk sesebuah syarikat) maksudnya tak perlu nak tambah peralatan lain untuk mempunyai akses ke sesebuah web.

Keburukan VPN
– VPN yang free dan tidak berbayar agak lemah perlindungan (bukan bermakna anda tidak selamat). Menggunakan VPN secara efektif adalah memerlukan kemahiran / skill yang tinggi (lebih pentingkan keselamatan)
– Jika anda yakin dengan product VPN yang dibeli, maka syarikat2 pembekal suka2 hati dia la nak jual berapa. As long as benda tu memang secure.
– Masalah akan berlaku jika anda menggunakan pelbagai jenis vpn di dalam satu rangkaian (vendor conflict)

VPN ni lebih banyak berguna kepada syarikat-syarikat atau organisasi yang mahukan penggunaan data dalam keadaan selamat.

Dan lebih penting, hanya 32 peratus user di dunia yang tahu menggunakan VPN. 50 peratus pernah menjadi mangsa cyber crime dan tidak tahu menggunakan VPN dan 28 peratus lagi adalah orang yang tahu (dengar dan lihat) apa itu VPN dan tidak pernah menggunakannya.

Di harap penerangan serba sedikit ini membuatkan anda semua semua lebih memahami apa itu VPN.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *