Apa Itu Bateri CMOS?

Bateri CMOS adalah merupakan sebuah bateri yang dipasang pada motherboard yang akan menyimpan maklumat BIOS, tarikh, masa dan juga beberapa maklumat yang diperlukan oleh komputer ketika start-up.

 

Kebiasaannya, apabila komputer terpadam, maklumat-maklumat ini akan hilang, tetapi, bateri CMOS ini akan mengekalkan kuasa pada motherboard, dan meneruskan kiraan jam. Jadi, anda tak perlu tetapkan semula tarikh dan juga masa setiap kali hidupkan laptop.

Diantara simptom bateri CMOS anda bermasalah adalah:

  1. Tarikh dan masa kat laptop tak sama dengan tarikh dan masa sebenar. Tarikh dan masa tetap berubah walaupun dah set kat “BIOS”.
  2. Akan keluar message “Your Clock is behind” NET::ERR_CERT_DATE_INVALID ketika nak browse Internet. Kena set semula date/time baru boleh browse macam biasa.
  3. Semasa boot akan keluar message “CMOS CHECK SUM ERROR” / CMOS ERROR READ.

Tak jadi masalah besar pun kalau tak tukar bateri CMOS tu. Cuma leceh sikit la nak kena tukar tarikh dan masa setiap kali on laptop untuk surf internet. Nasihat saya pergi la tukar baru battery tu. Murah je. Dari susah susah nak setup masa tiap kali lepas restart, lebih baik tukar.