AApanel free web panel untuk website

Aapanel free web panel untuk manage website

Pengenalan

Hai semua. Mungkin ada korang yang masih mencari FREE web hosting panel untuk digunakan di vps anda untuk memudahkan anda untuk manage webhosting seperti manage subdomain, php, mail, dan pelbagai lagi. Apa yang paling penting ini adalah FREE seperti lawannya iaitu Centos Web Panel, Webmin, Cyberpanel ataupun Vesta CP.

Untuk pengetahuan anda, AApanel ini dibina berasaskan centos. Jadi pihak developer menyarankan untuk guna clean centos tak kira ape versi untuk run panel ini.

Ok tanpa melengahkan masa jom kita install script ni.

Baca requirements di bawah sebelum install di server anda

Requirements

Memory:
512M or more, 768M or more is recommended (Pure panel for about 60M of system memory)

Hard disk:
More than 100M available hard disk space (Pure panel for about 20M disk space)

System:
CentOS 7.1+ (Ubuntu16.04+., Debian9.0+), to ensure that it is a clean operating system, there is no other environment with Apache/Nginx/php/MySQL installed (the existing environment can not be installed)

Cara install aaPanel di VPS anda

CENTOS:
yum install -y wget && wget -O install.sh http://www.aapanel.com/script/install_6.0_en.sh && bash install.sh
The experimental Centos/Ubuntu/Debian/Fedora installation command supports ipv6. Note that this command is executed with root privileges (Centos8 is supported)
yum install -y wget && wget -O install.sh http://www.aapanel.com/script/install_6.0_en.sh && bash install.sh
UBUNTU:
wget -O install.sh http://www.aapanel.com/script/install-ubuntu_6.0_en.sh && sudo bash install.sh
DEBIAN:
wget -O install.sh http://www.aapanel.com/script/install-ubuntu_6.0_en.sh && bash install.sh

Contoh Installation di centos

aaapanel dalam proses installation
aapanel selepas siap di pasang di server, copy url dan paste ke google chrome anda
pilih installation yang anda mahukan, anda boleh ubah setting
contoh saya pilih nginx, dan ubah tetapan ikut anda mahukan. Jangan risau and boleh ubah setting ni lagi nanti. kemudian tekan one-click
masuk ke appstore, kemudian tekan deployment dan tick display on dashboard untuk nginx, mysql, ftpd dan phpmyadmin untuk memudahkn kita untuk ubah tetapan.
masuk ke home, dan semua aplikasi yang kita install sudah terpampar di bahagian software.

Kelebihan AApanel

*Pendapat saya

kelebihan aapanel

Kesimpulan

Pada pendapat saya, panel ini sangat mudah untuk digunakan dan ringan dan paling penting ianya percuma. Dengan menggunakan aaPanel saya dapat menggunakan GUI untuk manage segalanya dengan mudah. Nantikan post saya yang lain berkaitan panel ini. Saya akan ajar pelbagai tutorial untuk anda manage web anda dari kosong hingga berjaya. InshaAllah. Jika anda mempunyai soalan boleh komen di ruangan di bawah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *