Ulasan Sophos Firewall XG 125

Sebelum ni, aku lebih diexpose tentang cyberoam firewall. Kali ni aku nak buat ulasan mengenai Sophos Firewall XG 125. Ramai cakap yang sophos ni lebih kurang je macam cyberoam. Company aku telah telah membuat keputusan untuk beralih kepada sophos kerana harga license sophos firewall lebih murah berbanding cyberoam. Aku memang da preview interface gui untuk sophos ni, ternyata ianya lebih kurang je seperti cyberoam.

Jadi aku nak tunjuk serba sedikit lah interface sophos firewall xg 125 ni. Haritu aku ada ambil gambar sophos ni, tapi handphone huawei nova 2 plus aku rosak pulak, hilang semua gambar aku. Takpelah nanti kalau aku ke site aku yang menggunakan sophos ni, aku ambil gambar devices dan buat entry baru.

Komen aku untuk sophos firewall ni, gui dia macam serabut sikit lah sebab banyak sangat text. Pada aku cyberoam punya gui lagi friendly user. Takpela, benda baru kan. Nanti lama lama dan selalu godek jadi terbiasalah. Haha. Apa pendapat korang ? Komen lah sikit jika korang pernah guna sophos firewall ni.

Login interface sophos firewall
Network Interface Dashboard
Sophos Firewall Dashboard
DHCP Interface Dashboard
Blocking Page Dashboard
DDNS Interface Dashboard
Reporting Dashboard
Firewall Rules Dashboard
VPN Interface Dashboard
Web Filtering Dashboard