Ulasan Sandisk Ultra Micro SD 128 GB Class 10

Sebelum ni, aku ada buat ulasan mengenai Pendrive Kingston DataTraveler 100 G3 16GB dan untuk post kali ni aku nak buat ulasan mengenai Sandisk Ultra Micro SD 128 GB Class 10. Micro SD adalah sangat penting phone, kerana jika anda sekalipun mempunyai phone yang storage dalam yang besar, Micro SD boleh di jadikan sebagai backup untuk internal phone. Sekiranya berlaku apa apa yang anda tidak inginkan seperti phone anda rosak. Sekurang kurangnya Mikro SD lah penyelamat untuk gambar gambar anda.

Alkisahnya aku beli Micro SD ini untuk bini aku. Dia duk bising je sebab memory kad asyik penuh. Sebelum ni dia pakai 32 GB tapi tak cukup. Biasalah, perempuan kan. Penuh dengan gambar dan video lah. Hehe. Jadi untuk menyelesaikan masalah yang di hadapi bini aku ni. Aku pun belikan lah dia memory kad baru yang bersaiz besar iaitu Sandisk Ultra Micro SD 128 GB Class 10.

Aku beli memory kad ni dari shopee gak. Cuba korang cari kedai nama OOKAS. Memang murah dekat situ ! Haritu masa aku beli cuma RM 64.51 je. Murah giler kan ? Tambah pulak time tu shocking sale ! haaaaaaaaaaaaaaaa pe lagi cepat cepat la aku grab. 128GB tu weh. Pernah aku tanya kat kedai. Perghhh rata rata harganya melebihi RM 100 ++ Mengarut betul !

Ni hasil benchmark dari Micro SD tu. Tak pasti la accurate ke tak, sebab aku gunakan test ini guna usb 2.0 card reader. Rasa macam perlahan pulak.

Haaa kad reader ini la aku guna untuk test. Mungkin sebab usb 2.0 jadi tu pun kacau jugak speednya.

Berbeza dengan direct benchmark menggunakan phone. Aku dapat result seperti di bawah. Memang seperti yang diiklankan oleh penjual. Terbaik !

Sekarang bini aku dah happy sebab size storage dah besar dan boleh letak banyak lagi. Tengok tu baru pakai tak sampai 1 minggu dah tinggal lagi 75.3 GB je ! hahaha. Itu sahaja ulasan aku untuk Sandisk Ultra Micro SD 128 GB Class 10.