Tukar Nama Domain

Sejarah Tukar Nama Domain

Asalnya, nama website ini adalah mrdaus.com . Sejarah tukar nama domain website firdausmarzuki.my ini adalah penghijrahan dari nama domain mrdaus.com . Saya telah menggunakan nama domain mrdaus.com hampir 4 tahun. Saya telah memberanikan diri untuk menukar nama domain mrdaus.com adalah kerana saya ingin membuang perkataan ‘mr’ itu. Untuk extensi .com adalah universal ketika itu, jadi pada tahun lepas saya telah menukar kepada .my untuk memfokuskan website saya ini untuk rakyat di Malaysia. Semasa saya menggunakan nama domain .com itu, saya mendapat pelbagai kunjungan dari pelawat luar negara. Bukan sahaja pelawat, bahkan website saya itu kerap di serang oleh bot. Selain itu, saya juga menggunakan nama saya sendiri, jadi pembaca boleh mengenali saya lebih dekat.

Nama Pilihan

Pelbagai nama domain yang bermain dalam fikiran saya ketika itu. Antaranya adalah:

Namun kesemua nama domain di atas telah dimiliki. Saya berasa sangat hampa. Saya sangatkan nama domain ini, kerana firdaus adalah nama saya dan saya dapat kekalkan nama pendek supaya pelawat mudah untuk mengingati nama saya dan nama website saya juga. Jadi saya telah memutuskan untuk mengunakan nama penuh saya iaitu firdaus marzuki.

Panjangnya Nama..

Saya tiada pilihan ! Saya terpaksa juga. Untuk orang mengenali saya, jadi saya telah memilih nama domain baru iaitu firdausmarzuki.my . Selain itu, ketika saya dalam dilema, saya telah mendapat offer dari seorang usahawan it dari group facebook kkwp iaitu En Faizal. Masa tu dia menawarkan pakej nama domain extensi .my + vps + runcloud dengan berharga RM250 untuk tempoh 1 tahun terus saya grab peluang itu. En Faizal juga merupakan salah seorang yang terkenal di Malaysia untuk perkhidmatan yang dia tawarkan iaitu webhosting, vps hosting dan pelbagai lagi.

Tukar nama domain

Inilah sedikit sejarah bagaimana nama website ini dipilih. InshaAllah saya akan cuba kekalkan nama domain ini selama mana yang boleh. Sebab saya juga ada membuat perkhidmatan format komputer, seedbox dan pelbagai lagi. Jadi penting jika saya nak mengekalkan nama domain saya dalam enjin carian google ataupun seo.