Tukar Custom Aircond Knob Kereta Axia

Assalamualaikum. Apa khabar para pembaca blog aku ? Di harap sentiasa sihat hendaknya. Amin.. OK kali ni aku nak cerita aku custom aku punya aircond knob. Asal kereta axia ni macam biasala standard gitu. Tah haritu aku ada nampak dalam group maxoc dorang tukar custom punya buatkan aku tertarik nak pakai yang sama jugak. Untuk pengetahuan korang untuk axia punya takde custom custom aircond knob ni ya. Jadi kalau korang nak tukar yang lain, memang korang wajib untuk custom.

Pada mulanya aku tak tahu nama ‘binatang’ ni, aku search hanya axia dalam shopee tapi langsung tak jumpa, jadi bila aku tanya kawan dalam group axia , dorang bagitahu namanya adalah aircond knob, barulah aku cari dalam shopee terus jumpa. Hampeh betul. Rupanya aircond knob ni khas untuk untuk kereta ford. Sebab nak pakai kat kereta axia punya pasal, jadikan kena la modified sikit.

Warna yang ada jual adalah merah dan biru. Jadi aku memilih untuk warna merah memandangkan interior kereta aku sekarang da bertukar warna merah. Hehe. Nantikan post akan datang aku transform kereta aku secara mendadak. Haha.

Tadaaa. Inilah bendanya aircond knob tu. Ada budak dalam group whatapps jual jugak yang sama ye kawan2, tapi harganya macam lahanat. Mahal nak mampos, siap post RM40. Padahal kalau korang beli di shopee, cuma RM11.60 dan tambah kos postage cuma berharga RM3.80. Jadi korang pilih mana ? RM40 atau yang lagi murah. Bukan tak nak support orang kita meniaga, tapi harga yang budak tu jual tak masok akal lah. Boleh dapat 3 set bro benda ni. haha.

Jadi aku pun order la dekat shopee. Aku beli warna merah. Aku order 5 July 2019 dan dapat item tu pada 11 July 2019. Memang lambat sikit sebab barang dari china. Bukan Malaysia. Aku tak kisah, yang penting dapat berjimat. hehe. Lepas dapat je barang tu aku siapkan barang2 untuk modified aircond knob ni.

Barang yang diperlukan:

  • Gergaji besi
  • Tutorial dari youtube

Simple je kan ? Korang beli la gergaji besi tu. Aku beli baru RM1.00 sahaja. Sebelum aku memulakan projek untuk memotong aircond knob ni ada kawan dalam group axia tu share tutorial dari youtube cara untuk modified. Ahhhhhhhhh memang terbaik la.. lagi memudahkan kerja aku sebab da ada video tutorial.

Video Tutorial:

Jadi aku pun follow la tutorial pemotongan dari youtube tu. Mudah sangat. Hehe.

Korang kena potong ke bulatan tu sebab kalau tak nanti terjojol kat aircond knob tu. Takpe jangan risau, tak nampak pun kesan nya nanti bila da pasang. Bila tengok sekarang nampak buruk kan. Takpe abaikan je. Tapi melainkan korang ada tools kecik yang boleh potong sampai habis. Tu lagi cun..

Inilah rupa bila da siap pasang kat kereta. Lawa kan  ? Macam aku cakap tadi tak nampak pun kesan korang potong tu. hehe. ok la tu je aku nak kongsikan dengan korang. Selamat mencuba ya. Hati hati masa memotong tu. Buat pelan pelan takot nanti terkene gergaji besit ukat jari korang,tak masal berdarah. haha.